Tuesday, 10 September 2013

1.0         PENGENALAN
    Sejarah bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.
    Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.
    Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, permainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.
    Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan Bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.
    Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula.
    Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.
    Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing juga telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.
    Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.

Bola Tampar Mini
    Bola tampar mini adalah satu permainan yang diiktiraf dan digalakkan oleh FIVB.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak berumur 9-10 tahun sehingga 12-13 tahun.Permainan ini bertujuan untuk membolehkan perlawanan di antara pemain-pemain daripada kelab lain atau sekolah-sekolah. Bola tampar mini ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki dalam dua pasukan untuk empat pemain, dalam sebuah gelangang yang berukuran 4.5-6 meter kelebaran, 9-12 meter panjang dan dibahagikan dengan jaring 1.9-2 meter ketinggian. Permainan bermula dengan memulakan servis dan pihak lawan hanya dibenarkan untuk menyentuh bola sebanyak tiga kali dan menghantar bola tersebut ke pihak lawan. Pasukan yang mendapat mata akan memulakan servis permainan. Pemain yang sama akan memulakan servis jika kumpulan mereka mendapat mata yang berturut-turut. Setiap pemain hendaklah bertukar-tekar servis mengikut putaran yang telah ditentukan. Terdapat beberapa objektif  permainan bola tampar ini diadakan di sekolah. Bola tampar di sekolah merupakan salah satu bentuk pendidikan yang merangkumi penglibatan budaya dan gaya pembelajaran sesebuah negara. Guru mengunakan pelbagai cara dalam permainan bola tampar untuk membantu meningkatkan lagi gaya pembelajaran dan perkembangan sosial pelajar.

2.0         PENDAHULUAN
    Kejohanan Bola Tampar Mini  merupakan salah satu aktiviti yang dirancang Mega Lifestealer 2 PPISMP PJ untuk memenuhi sukatan pelajaran iaitu mengelolakan sesebuah pertandingan. Ia bertujuan untuk menjalin dan merapatkan hubungan antara siswa dan siswi 2PPISMP PJ. Aktiviti ini secara tidak langsung mampu menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama antara ahli, perpaduan antara pelbagai kaum, berdaya saing, berfikiran positif dan bersatu padu.
    Kesimpulannya, aktiviti perlawanan ini adalah satu aktiviti sihat yang menjana kepada perkembangan ilmu pengetahuan kepada semua siswa siswi guru 2PPISMP PJ terutamanya dalam psikologi dan sosiologi yang merangkumi aspek intelek, emosi, sosial, rohani dan jasmani.
3.0          RASIONAL
    Mengadakan aktiviti sihat yang berunsurkan riadah dan hubungan silaturahim serta meningkatkan semangat kekitaan terutamanya dalam kalangan siswa-siswa guru pelatih  2 PPISMP PJ.
4.0         MATLAMAT
    Melahirkan guru pelatih yang berkebolehan, berpengetahuan, berkemahiran serta berkeyakinan tinggi dalam merancang, melaksana dan mengelolakan aktiviti kejohanan. Selain daripada itu, program ini juga diharapkan akan dapat membentuk guru pelatih yang berupaya dan bersedia menghadapi cabaran melalui aktiviti yang dijalankan sama ada sebagai peserta, pegawai atau ahli jawatankuasa, dan seterusnya memperoleh pengalaman yang bermakna sebelum berkhidmat sebagai guru terlatih di sekolah kelak.

5.0         OBJEKTIF
              i.        Melibatkan semua siswa siswi guru 2PPISMP PJ.
            ii.        Menjalinkan dan mengeratkan hubungan antara Siswa-siswi guru 2PPISMP PJ.
           iii.        Mencungkil potensi dan bakat individu dalam sukan.
           iv.        Meningkatkan semangat kesukanan, rasa kekitaan dan sikap bertanggungjawab dalam diri setiap siswa siswi guru 2PPISMP PJ.
            v.        Membentuk dan memupuk nilai murni seperti sifat bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya.
6.0         MAKLUMAT PROJEK
Tajuk Projek       : Pertandingan Bola Tampar Mini (Tiga Sebelah)
Tempat               :  Gelanggang Bola Tampar IPGKTI
Tarikh                 : 
Masa                   : 
Anjuran               :  MEGA LIFESTEALER 2PPISMP PJ

7.0         KUMPULAN SASARAN
Semua siswa siswi guru opsyen Pendidikan Jasmani 2PPISMP

8.0         UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.    Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh 3 orang pemain sahaja
2.    Setiap pasukan hendaklah memakai jersi pakaian yang berbeza daripada pasukan yang lain untuk mengelakkan kekeliruan dan pakaian itu hendaklah dipakai sepanjang kejohanan berlangsung.
3.    Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track. Seluar pendek dan seluar  track yang ‘tight’ tidak dibenarkan.
4.     Sekiranya kedua-dua pasukan memakai baju/jersi yang sama warna, maka keputusan pertukaran baju/jersi akan dilakukan secara lambungan duit.
5.    Setiap perlawanan terdiri daripada 3 pemain dan 1 pemain simpanan (sekiranya ada).
6.     ‘First ball’ tidak dibenarkan dengan menggunakan kaedah setting.
7.    ‘Open handed tip’ atau ‘dink’ tidak dibenarkan.
8.     ‘Setting over’ hendaklah tinggi dan lurus.
9.    Hanya sekali ‘Sand time out’ selama 20 saat setiap set bagi setiap pasukan.
10. Hanya sekali pertukaran pemain dibenarkan setiap set. (Pemain yang bertukar keluar boleh bertukar masuk.
11. Kaedah menentukan pemenang dilakukan mengikut kaedah mata iaitu mata kemenangan untuk setiap game ialah 10 atau 15 ,(akan ditetapkan kemudian) -Tunggu keputusan ahli jawatankuasa.
12. Pemberian mata kepada pasukan-pasukan adalah ;
Menang : 3 mata
Kalah     : 0 mata
13.  Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat 2 atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menetukan kedudukan akan dibuat mengikut sistem kaedah seperti berikut :-
Nisbah Mata (M),
M  =  Jumlah mata menang (semua perlawanan)
         Jumlah mata kalah (semua perlawanan)
 Jika masih seri,
S1  =  Jumlah set menang (antara pasukan terlibat)
           Jumlah set kalah (antara pasukan terlibat)
Jika masih seri,
M1  =  Jumlah mata menang (antara pasukan terlibat)
           Jumlah mata kalah (antara pasukan terlibat)
14. Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan, maka keputusan perlawanan yang telah diadakan diantara kedua-dua pasukan tersebut akan diambil kira. Pasukan yang pernah menang diperlawanan tersebut dikira menang.
15.  Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang antara tiga (3) atau lebih pasukan, maka cabutan undi akan dijalankan.
16. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Ukuran standard gelangang Bola Tampar

9.0         SISTEM PERTANDINGAN (SISTEM  LIGA 1 KUMPULAN)
Sistem pertandingan yang digunakan ialah sistem pertandingan liga satu kumpulan. Sistem ini akan menemukan semua pasukan yang bertanding. Pertandingan ini sesuai dijalankan untuk memilih pasukan terbaik. Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan. Lazimnya pertandingan cara liga satu pasukan akan dijalankan apabila:
                      i.        Bilangan pasukan yang kecil
                    ii.        Masa
                   iii.        Sumber kewangan
                   iv.        Kemudahan
                    v.        Bilangan pegawai

Contoh jadual pertandingan sistem liga satu kumpulan

Pasukan
A
B
C
D
E
F
Nisbah
Skor
Nisbah
Set
Mata
Kedudukan
A










B










C










D










E










F















10.0      BORANG PENYERTAAN
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN



NAMA KUMPULAN                         :          


Nama Pengurus Pasukan             :           -------------------------------------------------

No/Telefon                                      :         ---------------------(R)--------------------(P)

                                                                        -------------------------(H/P)
BIL
NAMA
NO. KAD PENGENALAN
ALAMAT
1.



2.



3.



4.



5.





PENGAKUAN DIRI

            Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini  bersetuju       mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan     oleh pihak     penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan         mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya            di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan             selepas menyertai pertandingan ini.
           


                                                ---------------------------------------------------------------
                                                (                                                                                        )                                    

                                          (Pengurus Pasukan)

                                               

Tarikh                                     :          

11.0      PERALATAN
Bil
Perkara
Kuantiti
1.
Stop watch
1
2.
Wisel
2
3.
Bangku
4
4.
Payung
1
5.
Bola Tampar                   
3
6.
Meja,kerusi (panjang)
3
7.
Kapur & Pita Pengukur
2

12.0      KEWANGAN
Anggaran kewangan yang diperuntukkan:
Bil.
Perkara
Jumlah
1.
Hadiah Peserta
RM 40
2.
Cenderahati
RM 10

Jumlah
RM 50
                                      ( Ringgit Malaysia lima puluh Sahaja )

     Ulasan pegawai kewangan:
________________________________________________________________________________________________________________________________                                                                                                           
                                                                                                 Tandatangan
                                                                                                         
                                                                                             ..................................


13.0      AHLI JAWATANKUASA
AJK PERSIAPAN GELANGGANG
Nur Azura Binti Ghalib
AJK PERALATAN
Sefaenus Olver Sabin
Vincent Andam
AJK HADIAH & TUGAS-TUGAS KHAS
Brenda Jude
AJK KESELAMATAN DAN PRORTOKOL
Muhammad Zulhilmi Rahazat
AJK PENDAFTARAN
Stefaenus Olver Sabin
AJK JURUGAMBAR & P.A SYSTEM
Vincent Andam
URUS SETIA PERMAINAN                                 
PENGADIL
Muhammad Zulhilmi Bin Rahazat          
Nur Azura Binti Ghalib
PEMBANTU PENGADIL
Brenda Jude
Vincent Andam
Stefaenus Olver Sabin

14.0      PENUTUP
    Diharap semua aktiviti dan program yang dirancangkan dalam projek ini dapat dijalankan dengan keadaan yang baik dan lancar serta dapat mendapat kerjasama daripada semua pihak terutamanya di kalangan guru pelatih yang menjayakan projek ini.


Disediakan oleh,

................................................
( BRENDA JUDE )


0 comments:

Post a Comment