Teori Ekologi
Bronfenbrenner. (1979,1989)
Beliau menjelaskan
perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran
dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak adalah
kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut
ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu
terdiri daripada lima sistem iaitu:
Mikrosistem
: Persekitaran yang
terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan
menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran
dan guru.
Mesosistem : Perhubungan antara mikrosistem. Apa
yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan
mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah
laku individu di sekolah. Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.
Eksosistem : Pengalaman dengan persekitaran yang
tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang
terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah
pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat
membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak tersebut.
Makrosistem : Perkembangan individu dipengaruhi
oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock
2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem : Perubahan keadaan dalam suatu
tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada
permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga
puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
No comments:
Post a Comment